Rabu, 3 Mac 2010

Terjemahan Petikan

Sila terjemahkan petikan di bawah ke dalam Bahasa Melayu:
" مريم طالبة مثالية "

Maklumat petikan:
-Buku teks;
-Halaman: 53;
-Perenggan: 4 perenggan.

شكرا على حسن مشاركتكم

2 ulasan:

  1. Maryam pelajar contoh dalam Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Syarifah Rodziah di Melaka. Maryam telah berjaya dengan cemerlang di dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah baru-baru ini. Maryan juga telah mencapai prestasi yang cemerlang dalam semua matapelajaran yang di ambilnya. Dia juga menerima anugerah sebagai pelajar contoh di negeri Melaka dan melihat kepada kecemerlangan dan kesungguhan serta usahanya di dalam pelajaran dan aktiviti kokurikulum.

    Sebagai pelajar yang cemerlang, Maryam sentiasa bersungguh-sungguh mengulangkaji pelajaran di sekolah, pada waktu malam dan siang tanpa bosan dan putus asa. Maryam sentiasa meminta tunjuk ajar dan pendapat guru serta menghormati orang yang lebih tua daripadanya. Dia juga mengatur urusannya dengan benda yang berfaedah.

    Maryam seorang pelajar yang bijak mengatur masa dengan baik mengkhususkan waktunya mengulangkaji, beribadat, berehat, membuat latihan harian dan beriadah. Sesungguhnya, jangan membuang masa dan jangan tangguhkan apa-apa kerja yang sepatutnya dilakukan dan tidak menangguh hingga kesaat akhir waktu peperiksaan untuk mengulangkaji.

    Akhir sekali, Maryam yakin bahawasannya kejayaan itu adalah hak untuk semua tetapi dengan syarat, pertama, mestilah membayar harga kejayaan iaitu berusaha dan bersungguh-sungguh.

    BalasPadam
  2. Maryam pelajar contoh
    Maryam pelajar contoh di sekolah menengah kebangsaan agama syarifah radhiyah di Melaka. Dia berjaya dengan jayanya dalam (PMR) lalu. Dia cemerlang dalam kebanyakan peperiksaan. Kejayaan, kesungguhan, dan kebaikan pada pelajaran pula adalah sifat rajin. Dia mendapat gelaran pelajar contoh yang berjaya di negeri Melaka.
    Dengan menggambarkan pelajar contoh yang cemerlang, maryam sentiasa berusaha dalam pelajaran dan mengulang kaji pelajaran di waktu malam dan siang tanpa rasa bosan dan putus asa. Dia mementingkan nasihat guru-guru dan menghormati guru-guru dengan penghormatan yang besar. Dia juga merancang urusan kehidupan dengan teratur dan aman.
    Marayam pelajar yang rajin. Dia mengurus waktunya dengan teliti. Dia mengkhususkan waktu untuk berbincang, beribadah, dam sering bersenam. Dia tidak mengahabiskan waktunya dan meletakkan waktu daripada kewajipannya dan tidak melihat kepada keputusan peperiksaan.
    Dan akhir sekali, maryam berkeyakinan bahawa kejayaan adalah bagi semua dengan mendorong kepentingan syarat yang utama iaitu “berusaha dan bersungguh-sungguh”.

    BalasPadam